Khamis, 7 Mac 2013

Buat Burung Melalui Origami

Apa khabar adik-adik.  Adik-adik masih berminat untuk membuat origami.  Origami yang seterusnya ialah membuat burung.
 
1.  Sediakan kertas putih atau kertas warna bersaiz segi empat sama.  Ukuran panjang dan lebarnya hendaklah sama.
2.   Letakkan kertas dalam bentuk diamond.
3. Lipat kiri dan kanan seperti di rajah 3.  Di atas yang tirus itu dilipat ke belakang.
4. Lipas di penjuru atas di kiri dan kanan seperti di rajah 4.





Makcik Nora telah pun membuat satu contoh burung tersebut.  Nampaknya kaki burung itu agak susah juga haendak dibentuk seperti di rajah nombor 12.  Walau bagaimanapun jika ada masa, Makcik Nora akan buat yang lain untuk tatapan adik-adik semua.   Buat sementara ini dipaparkan juga hasil origami yang Makcik Nora telah buatkan.   Hmm...bolehlah juga...



 

Origami buat tikus/hamster


Adik hendak buat tikus atau hamster melalui origami. Jom kita cuba buat.

1.  Ambil kertas warna.  Potong jadikan ia saiz segi empat sama juga.  Ukuran panjang dan lebarnya hendaklah sama panjang.
2.  Lipatkan dua sama rata seperti rajah 1.
3. Ukur panjang kertas yang telah dibahagi dua tadi kepada tiga bahagian seperti rajah 2.
4.  Lipat 1/3 dan diletakkan di bahagian atas.  Di hujung kiri di bawah dilipat ke bawah seperti di rajah 3. 
5. Lipat lagi bahagian yang sama di sebelah kanan dan di sebelah atas kanan seperti rajah 5 dan  rajah 6.
5.  Seterusnya lipat di hujung sebelah kiri di bahagian atas ke belakang seperti rajah 7.
6.  Setelah adik-adik mendapat bentuk seperti di bil. 8, adik-adik bolehlah warnakan agar nampak lebih cantik dan menarik.  Selamat mencuba.




Inilah bentuk tikus/hamster yang dihasilkan oleh Makcik Nora.   Seelok-eloknya warnakan dengan warna oren coklat untuk menampakkan warna bulu hamster yang sebenar   Cantik tak?


Tikus/hamster
 

Rabu, 6 Mac 2013

Origami Buat Ikan

Adik-adik ada tugasan buat ikan secara origami.  Jangan susah hati.

1.  Pertama sekali adik gunakan kertas putih atau kad manila. 
2.  Potong kertas atau kad manila supaya menjadi ukuran segi empat sama.  Jika panjangnya 24 cm, lebarnya juga hendaklah 24 cm.   Seelok-eloknya adik gunakan kad manila agar tidak mudah koyak.
3. Lipat gunakan seperti gambarajah di bawah.
4.  Sekiranya sudah siap, bolehlah adik-adik buat lakaran bentuk ikan, seperti matanya, sisiknya, ekornya dan warnakannya supaya lebih menarik.  Selamat mencuba



 
 
Bentuk ikan yang telah dihasilkan melalui origami oleh makcik Nora.  Cantik tak?